Wednesday 24 April 2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇


ISNIN (01.04.2024)
















Bersempena bulan Ramadan 1445H pada tahun ini, Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran yang telah berlangsung pada 27 Mac- 28 Mac 2024 dengan penglibatan peserta daripada 30 jabatan dan agensi dari seluruh negeri Kedah.

Majlis Khatam Al-Quran kemudiannya diadakan di Masjid Zahir, Alor Setar yang melibatkan kehadiran seramai 128 orang peserta daripada pentadbiran daerah, jabatan - jabatan Negeri Kedah, Pihak Berkuasa Tempatan serta Biro PUSPANITA yang telah berjaya menamatkan bacaan seluruh kitab suci Al-Quran.

Majlis Khatam Al-Quran ini telah diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Mariah binti Hitam. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Turut hadir, Puan Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pengerusi Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, para pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah serta Pengerusi PUSPANITA Jabatan di Negeri Kedah. 

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar 2 orang wakil iaitu Puan Siti Halwani Bt Abd Halim dan Puan Nurul Ain Bt Samsudin pada majlis tersebut. Terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas anjuran majlis ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua