𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐍𝐖𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 -𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍
13 Mac 2025 (Khamis)
Program Tanwir Ramadan 2025 telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bermula dari 11 Mac hingga 13 Mac 2025 bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.
Program tahunan ini adalah bertujuan untuk mendekatkan penjawat awam khususnya bagi menghayati dan menimba ilmu sempena bulan Ramadan. Pada tahun ini, program adalah bertemakan “Ramadan Manifestasi Zahirkan Rasa Syukur, Damai Di Hati’” dengan menampilkan tiga (3) tetamu utama iaitu YAB Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, YBrs. Ustaz Ahmad Dusuki bin Abd Rani dan YBrs. Ustazah Asni binti Abu Mansor.
Alhamdulillah, bagi hari terakhir program ini, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu dengan kehadiran pendakwah bebas yang cukup terkenal iaitu YBrs. Ustazah Asni binti Abu Mansor. YBrs. Ustazah telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk ‘Pengakhiran yang Dicemburui, Syurga yang Dinanti’. Seramai lebih 1,000 orang telah menghadiri sesi perkongsian ilmu ini.
YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK., Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah sudi hadir ke program ini dan seterusnya membuat lawatan ke gerai jualan, dan menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Tulisan Khat dan Hadiah Gerai Jualan Tercantik.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar 10 orang wakil bagi mengikuti sesi program tersebut. Semoga semua peserta dan ahli PUSPANITA yang menghadiri program ini memperoleh keberkatan daripada perkongsian ilmu tersebut.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua