Sunday, 13 July 2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π…πˆπ“ & 𝐅𝐔𝐍 π†π€π˜π€ π‡πˆπƒπ”π π’πˆπ‡π€π“

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π…πˆπ“ & 𝐅𝐔𝐍 π†π€π˜π€ π‡πˆπƒπ”π π’πˆπ‡π€π“
















































Tarikh    : 19 Jun 2025 (Khamis)
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Taman Tasik Seri Serdang, Serdang, Kedah

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah mengadakan program bertemakan Gaya Hidup Sihat pada 19 Jun 2025 bertempat di Taman Tasik Seri Serdang, Serdang, Kedah. Program ini membawa tema ceria 'Hawaii' dan disertai oleh lima kumpulan yang masing-masing terdiri daripada tujuh orang ahli PUSPANITA.


Antara pengisian menarik dalam program ini ialah acara Fun Walk mengelilingi Tasik Serdang, di mana semua peserta berpakaian mengikut tema Hawaii seperti bunga-bungaan dan pakaian santai pantai. Suasana pagi tersebut menjadi meriah dengan gelak tawa dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

Selain itu, program turut dimeriahkan dengan aktiviti team bonding seperti teka silang kata, mini puzzle, dan mencari benda tersembunyi. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar minda malah mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya dalam cabaran yang disediakan. Program diakhiri dengan sesi bergambar kenangan, merakam detik ceria dan semangat kebersamaan antara ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Program ini bukan sahaja memupuk amalan gaya hidup sihat malah menyemai semangat kerjasama dalam kalangan ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. TAHNIAH kepada semua peserta yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua