Thursday, 7 August 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐀𝐀𝐃𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐀𝐀𝐃𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟓
















20 Julai 2025 (Ahad)

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Hari Terbuka Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 2025 telah diadakan pada 20 Julai 2025 bertempat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang, Kedah.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh Tuan bersama Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Program ini merupakan platform penting bagi mendekatkan agensi dengan masyarakat serta meningkatkan kefahaman awam terhadap peranan AADK dalam usaha pemulihan dan pencegahan dadah.

Hari Terbuka AADK ini mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran daripada agensi dan jabatan, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan gubahan buah, serta jualan Rahmah.

Dengan tema ‘Insan MADANI Pemangkin Kepulihan’, program ini turut mendukung aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkasa komuniti pemulihan dan memperkukuh nilai inklusiviti dan kesejahteraan insan.

Penganjuran ini bukan sahaja menyantuni masyarakat setempat, malah menjadi medan apresiasi kepada klien, keluarga dan komuniti atas sokongan berterusan dalam perjuangan membasmi penyalahgunaan dadah di negara ini.

TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua