𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 (𝐊𝐋𝐀𝐒) 𝐑𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
03 Oktober 2025 (Jumaat)
Seramai 40 orang peserta kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun bagi kategori keluarga B40 telah dipilih untuk menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Sesi Ketiga (KLAS) Renang bagi tahun 2025 Fasa 2 di Daerah Bandar Baharu bagi menjalani latihan renang di Kolam Bukit Angin, Bandar Baharu. Latihan yang dilaksanakan setiap hari Jumaat bermula 29 Ogos 2025 dan telah tamat pada 3 Oktober 2025.
Turut serta dalam program ini ialah anak-anak ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang mengambil bahagian secara aktif dalam latihan renang berkenaan.
Program ini diakhiri dengan ucapan penghargaan dan penyampaian sijil kepada semua peserta yang mengambil bahagian KLAS Renang ini dengan penuh semangat dan dedikasi.
Turut hadir membantu menyelaras dan memantau kemajuan program pada sesi latihan ini ialah Puan Nur Adila Mohamad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan Puan Fariza Ghazalli, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu merupakan ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua






