Friday, 6 March 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

























TARIKH    :  05 Mac 2026 (Khamis)
MASA      :  10.00 Pagi
TEMPAT   :  Belakang Parkir Motosikal Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu

Sempena meraikan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Program Bubur Lambuk dengan kerjasama Kelab Pejabat Tanah Bandar Baharu.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA di samping memupuk semangat kerjasama dalam menyediakan juadah bubur lambuk. Juadah yang disediakan ini bukan sahaja untuk dinikmati oleh ahli dan peserta yang hadir, malah turut dikongsi bersama jabatan-jabatan sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang telah memberikan kerjasama, sumbangan tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini dengan penuh semangat kebersamaan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mengukuhkan ukhuwah serta menyemarakkan lagi semangat Ramadan.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔


























04 Max 2026 (Rabu)

Program Penyerahan Sumbangan Bakul Kasih Ramadan Tahun 1447H/2026M PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini diadakan pada 04 Mac  2026 pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Sumbangan Bakul Kasih ini merupakan sumbangan daripada PUSPANITA Negeri Kedah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu sebagai tanda keprihatinan dan usaha membantu golongan yang memerlukan. Bakul kasih tersebut mengandungi barangan keperluan asas yang disalurkan kepada ahli PUSPANITA yang layak di daerah ini. Seramai 16 orang penerima yang hadir untuk menerima sumbangan bantuan tersebut.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Seterusnya, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh beliau kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Semoga dengan inisiatif murni dan program bermanfaat seumpama ini diharap akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini di samping membuat persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua



𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐍𝐖𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 - 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐍𝐖𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 - 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀



















26 Februari 2026 (Khamis)

Program Tanwir Ramadan 1447H/2026M telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bermula 24 Februari hingga 26 Februari 2026 bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah.

Program tahunan ini bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan penjawat awam, di samping menjadi wadah menimba ilmu dan memperkukuh nilai spiritual sepanjang bulan yang mulia ini. Pada tahun ini, program membawa tema “Ramadan Infiniti: Amal Tanpa Henti, Jiwa Terinspirasi”, dengan menampilkan tiga pendakwah tersohor iaitu Ustaz Haji Jafri bin Abu Bakar @ Mahmud, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah serta Ustazah Asmak Husin.

Alhamdulillah, pada hari terakhir program, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Asmak Husin, dengan tajuk “Pendosa yang Mendambakan Syurga”. Sesi tersebut dikendalikan oleh Puan Syarifah Nur Safuraa binti Syed Zulfakhar selaku moderator dan telah mengupas pelbagai isu berkaitan keinsafan, taubat serta kasih sayang Allah SWT yang tidak bertepi.

YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah turut berbesar hati hadir ke program dan seterusnya menyampaikan hadiah bagi kategori ‘Reruai Jualan Tercantik’.

Dalam program yang sama, penyerahan Bakul Kasih Ramadan Tahun 2026 turut dilaksanakan secara simbolik kepada semua Pengerusi Cawangan Kecil Daerah oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah untuk diagihkan kepada penerima yang layak di seluruh daerah.

Seramai 10 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut hadir bagi mengikuti sesi program tersebut. Semoga semua peserta dan ahli PUSPANITA yang menghadiri program ini
menjadi platform penyatuan ukhuwah dan medan memperkaya ilmu, seterusnya membawa keberkatan dan penghayatan Ramadan yang lebih bermakna.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua