PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menerima jemputan daripada Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Bandar Baharu untuk menghadiri Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang berlangsung di Dewan Terbuka Taman Kenanga, Serdang, Kedah.
Puan Nurul Haniza binti Abd Ghani, Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah mewakili PUSPANIT dengan menyampaikan bacaan sajak sempena majlis tersebut.
Penyertaan ini mencerminkan semangat patriotisme serta mengeratkan hubungan silaturahim antara PUSPANITA dan WI dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu: https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu melalui Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, yang diwakili oleh Puan Norsharfini Binti Samsuri, telah menyampaikan sumbangan PUSPANITA DiHati bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Sumbangan daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah melalui Biro Kebajikan tersebut telah disampaikan kepada waris Puan Noraini binti Sa yang sedang diuji dengan penyakit jantung.
Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan, kasih sayang dan sokongan berterusan daripada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kepada ahli serta keluarga yang sedang melalui ujian.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak meringankan beban serta memberi semangat dan kekuatan kepada Puan Noraini dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan serta kesembuhan.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu: https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1