𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐌 𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
15 Mac 2025 (Khamis)
Pertandingan Seri Permainan Congkak dan Dam Aji Sempena Sambutan Hari Belia Negara anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti, Serdang, Kedah pada jam 10.00 pagi.
Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir bersama bagi memberi sokongan penuh sempena Program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu.
Sebanyak 8 kumpulan terdiri dari 24 orang ahli PUSPANITA bagi Permainan Congkak dan 8 orang ahli PUSPANITA bagi permainan Dam Aji telah menyertai pertandingan ini. Setiap peserta menunjukkan kehebatan bakat masing-masing dalam setiap pertandingan. Tahniah diucapkan kepada peserta yang menang dalam pertandingan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu atas anjuran program ini. Semoga ikatan ukhuwah antara ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini terus utuh.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua