𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐊𝐋𝐀𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐔𝐈𝐒𝐈 𝐀𝐑𝐓𝐈𝐒𝐓𝐈𝐊
26 Mei 2025 (Isnin)
Bersempena Program Semarakkan Bahasa Kebangsaan kali ini mengangkat tema ‘Ibu Ratu Hatiku’ bagi meraikan sambutan Hari Ibu yang disambut pada 11 Mei yang lalu. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu mewakil Puan Nurul Haniza binti Abdul Ghani, Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu menyahut cabaran bagi pertandingan deklamasi puisi ini.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri dari pelbagai jawatan dalam agensi dan jabatan Kerajaan Negeri Kedah dan Persekutuan telah menyertai Pertandingan Deklamasi Puisi Artistik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman. Sebanyak 15 buah puisi hasil karya penulis-penulis puisi tanahair telah dipilih dan dideklamasi oleh peserta-peserta tersebut.
Program yang diadakan ini adalah sebahagian dari agenda untuk memartabatkan bahasa terutamanya Bahasa Kebangsaan. Selain itu, membaca puisi dengan penuh perasaan, penghayatan dan dengan bahasa-bahasa yang puitis, bahasa yang indah dan bahasa-bahasa yang berirama akan melahirkan budaya penggunaan bahasa yang elok dan terbaik yang boleh disemadikan dalam pergaulan ketika dalam perkhidmatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah atas anjuran program ini dan memberi peluang setiap peserta mendalami bakat yang terpendam.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua