Saturday, 11 October 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐃AH

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇


















































28 September 2025 (Ahad)

Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bertempat di Taman Tasek Serdang, Serdang, Kedah.

Turut hadir bersama Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu dan Naib Pengerusi PEMADAM Daerah Bandar Baharu.

Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat pelbagai lapisan terutama kanak-kanak dan golongan remaja agar bijak dalam mengambil sebarang keputusan.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan pakaian beragam tema hari kebangsaan, menghias kek, basikal berhias, mewarna serta pertunjukan silat, demo driff, auto dan audio show.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada peserta yang hadir. TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua