Saturday, 11 October 2025

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐓𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓

 

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐓𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓






28 September 2025 (Ahad)

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun 2025, PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Pertandingan Fotografi yang terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori Selfie/Swafoto dan kategori Wefie/Kumpulan (Keluarga).

Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan semangat patriotik serta memupuk nilai kreativiti dalam kalangan ahli PUSPANITA melalui seni fotografi bertemakan kemerdekaan. Sambutan daripada para ahli amat menggalakkan dengan pelbagai gambar menarik dan penuh semangat cinta akan negara dikongsi oleh para peserta.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan semasa Program Bersama Komuniti Jiwa Merdeka Bebas Dadah sebagai acara penutup.

TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua