Sunday, 15 February 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 "𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋" 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 "𝐁𝐀𝐂𝐊 𝐓𝐎 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋" 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔













Program "Back To School"  PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di The Event Hall, Serdang, Kedah.

Sumbangan "Back To School" (BTS) Tahun 2026 kepada 10 orang penerima anak-anak Ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu disampaikan oleh Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Program BTS ini merupakan salah satu inisiatif daripada Puspanita Cawangan Negeri Kedah bagi membantu ahli-ahli PUSPANITA dalam mempersiapkan diri anak-anak menghadapi sesi persekolahan sempena penggal baharu persekolahan.

Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ahli-ahli PUSPANITA khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dalam melengkapkan persiapan anak-anak bagi sesi persekolahan Tahun 2026 seterusnya menyuntik semangat anak-anak untuk ke kembali ke sekolah.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua