𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐋𝐔𝐒 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐁𝐀𝐍𝐊
08 Februari 2026 (Ahad)
Taklimat Takaful Kasih Plus telah disampaikan oleh Puan Zila wakil daripada Agro Bank sempena Mesyuarat Agong PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang berlangsung pada jam 9.00 pagi bertempat di The Event Hall, Serdang, Kedah.
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada para ahli mengenai kepentingan perlindungan takaful serta manfaat yang ditawarkan melalui pelan Takaful Kasih Plus. Sepanjang sesi, penerangan telah diberikan secara jelas tentang kelebihan pelan tersebut termasuk perlindungan kewangan, faedah kesihatan serta bantuan kepada waris sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Program ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada ahli tentang kepentingan perlindungan diri dan keluarga melalui skim takaful yang bersesuaian, seterusnya membantu ahli membuat perancangan masa depan yang lebih terjamin.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua








