𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔/𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐀𝐀𝐃𝐊) 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
08 Februari 2026 (Ahad)
Satu sesi perkongsian ilmu telah diadakan sempena Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bertempat di The Event Hall, Serdang, Kedah. Program yang bermula jam 9.00 pagi ini menampilkan ceramah khas daripada wakil Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Baharu yang disampaikan oleh Puan Suhaizawaty binti Shahid, Penolong Pegawai Antidadah Bahagian Pencegahan.
Sesi perkongsian ilmu ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, tanda-tanda awal ketagihan serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Penceramah turut menekankan peranan ahli keluarga dan komuniti dalam membendung gejala dadah serta kepentingan mendapatkan bantuan awal daripada pihak berwajib.
Selain ceramah, turut berlangsung pameran kesedaran oleh pihak AADK yang memaparkan maklumat berkaitan jenis-jenis dadah, kesan penyalahgunaan serta perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua










