Sunday, 9 August 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐓

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐓

23 Julai 2026 (Khamis)






































Program Meet and Greet telah diadakan bersempena Program Morning Tea and Coffee Talk: Wanita Bahagia Bermula Dengan Diri Sendiri pada 23 Julai 2026 bertempat di Serdang Lake View Resort, Serdang, Kedah. Program ini memberi peluang kepada ahli-ahli PUSPANITA untuk berkenalan dengan lebih dekat bersama Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang baharu dalam suasana santai, mesra dan penuh kemesraan.

Program ini merupakan sesi suai kenal bersama Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Mariam Binti Ibrahim. Dalam sesi tersebut, beliau telah berkongsi aspirasi, hala tuju serta perancangan program bagi memperkasakan peranan wanita dalam organisasi, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA.

Sesi diteruskan dengan aktiviti memperkenalkan diri oleh setiap ahli PUSPANITA, di samping berkongsi pandangan, pengalaman serta bertukar idea bagi memupuk semangat kerjasama dan memperkukuhkan hubungan silaturahim antara ahli.

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu mengalu-alukan kehadiran Puan Siti Mariam Binti Ibrahim sebagai Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan mendoakan agar beliau terus diberi kekuatan serta kecemerlangan dalam memimpin organisasi ke arah yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua