Sunday, 9 August 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐎𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐀 𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐎𝐅𝐅𝐄𝐄 𝐓𝐀𝐋𝐊 – 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐎𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐀 𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐎𝐅𝐅𝐄𝐄 𝐓𝐀𝐋𝐊 – 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈


23 Julai 2026 (Khamis)




























Program Morning Tea and Coffee Talk: Wanita Bahagia Bermula Dengan Diri Sendiri telah diadakan pada 23 Julai 2026 bertempat di Serdang Lake View Resort, Serdang, Kedah dengan kerjasama HRD Corp sempena National Training Week (NTW) 2026.

Program yang bertemakan "Strawberry Matcha" ini telah menghimpunkan ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dalam suasana santai, ceria dan penuh bermakna. Program ini adalah untuk memberi inspirasi, motivasi serta meningkatkan kesejahteraan emosi dan keyakinan diri dalam kalangan wanita.

Salah satu pengisian menarik program ialah sesi motivasi mengenal diri, di mana para peserta dibimbing untuk memejamkan mata dan menghayati setiap kata-kata motivasi yang disampaikan oleh Puan Nurul Haniza Binti Abdul Ghani, Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Aktiviti ini memberi ruang kepada peserta untuk bermuhasabah, menghargai diri sendiri, melepaskan beban emosi serta menyedari bahawa kebahagiaan bermula daripada diri sendiri sebelum dapat dikongsi bersama orang lain mensyukuri nikmat kehidupan serta membina keyakinan diri ke arah kehidupan yang lebih positif.

Selain menikmati hidangan minum, para peserta turut berpeluang berinteraksi, menulis dan saling bertukar kad ucapan penghargaan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli PUSPANITA. Program ini berjaya mewujudkan suasana yang harmoni, santai dan menyeronokkan, sekali gus memberi kesedaran bahawa kebahagiaan bermula daripada diri sendiri.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua