Monday, 25 August 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 (𝐖𝐈) 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐄𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 (𝐖𝐈) 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀














23 Ogos 2025 (Sabtu)

Majlis Jamuan Amal Bakti anjuran Perkumpulan Perempuan (WI) Cawangan Taman Kenanga telah diadakan di The Event Hall, Serdang, Kedah penuh meriah dan bermakna. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana kebajikan serta mengeratkan silaturahim antara ahli masyarakat setempat, khususnya golongan wanita.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Cikgu Roslan bin Hashim, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu. Kehadiran beliau telah menyuntik semangat kepada para peserta untuk terus melibatkan diri dalam usaha kebajikan serta pembangunan komuniti setempat.

Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran Puan Nurul Haniza binti Abdul Ghani yang mewakili PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut menyumbangkan persembahan istimewa dengan mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk “Ibu dan Tanah Merdeka”. Deklamasi tersebut telah menyentuh hati para tetamu dan memberikan makna mendalam mengenai kasih seorang ibu dan erti kemerdekaan tanah air.

TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓











Tarikh    :  14 Ogos 2025 (Khamis)
Masa     :  9.30 pagi
Tempat :  Hadapan Taman Tasek Serdang, Kedah

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan  Kemerdekaan Malaysia peringkat daerah Bandar Baharu yang diadakan pada 14 Ogos 2025 bertempat di Hadapan Taman Tasik Serdang, Kedah.

Majlis disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu Yang Berbahagia Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dr. Ts Muhammad Suffian Bin Yusoff ADUN Bandar Baharu, Wakil Ahli Parlimen Kulim/Bandar baharu, Tuan Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Ketua-ketua Jabatan, Penghulu-penghulu Mukim serta semua Wakil-wakil jabatan/Agensi Kerajaan.

Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta menanamkan rasa cinta akan negara dalam kalangan masyarakat setempat. Seterusnya Konvoi Kibar Jalur Gemilang Bandar Baharu yang terdiri dari kenderaan jabatan pelbagai agensi/jabatan Daerah, serta orang ramai yang telah hadir memberi sokongan bagi memeriahkan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu dan semua Jabatan serta Agensi yang terlibat atas anjuran program ini dan tahniah ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu

Sunday, 24 August 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 “𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓” 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 “𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐁𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐅𝐀𝐀𝐓” 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔


























Tarikh    :  14 Ogos 2025 (Khamis)
Masa     :   8.30 pagi
Tempat :  Hadapan KEDA Bistro, Taman Tasek Serdang, Kedah

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Penghijauan ‘Satu Pokok Seribu Manfaat’ peringkat daerah Bandar Baharu yang diadakan pada 14 Ogos 2025 bertempat di Hadapan KEDA Bistro, Taman Tasik Serdang, Kedah.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Turut hadir bersama Ts. DR. Suffian Bin Haji Yusuff, ADUN Bandar Baharu.

Antara pengisian program ialah acara menanam pokok oleh pelbagai agensi dan jabatan Daerah Baharu di sekitar kawasan Taman Tasik Serdang. Terdapat 10 jenis pokok hutan seperti Merawan Siput,  Meranti Temak Nipis, Kapur, Keladan, Merbau, Balau Sengkawang Air, Petai, Sentul, Kulim Dan Kandis.

Program Ini Merupakan Kesinambungan Daripada Pelancaran Projek Tanam 2 Juta Pokok Di Seluruh Negeri Kedah Dari Tahun 2025 Hingga 2030. Projek Ini Diterajui Oleh Jemaah Dato’ – Dato’ Negeri Kedah Melalui Kerjasama Strategik Antara Jabatan Dan Agensi Persekutuan Serta Negeri. Program Ini Adalah  Usaha Bagi Mengekalkan Kelestarian Alam Sekitar Terutama Di Daerah Bandar Baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu atas anjuran program ini dan tahniah ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Friday, 8 August 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 ‘𝐒𝐄𝐓𝐔𝐋𝐔𝐒 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈’

 

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 ‘𝐒𝐄𝐓𝐔𝐋𝐔𝐒 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈’


























Tarikh    : 27 Julai 2025 (Ahad)
Masa      : 12.15 t/hari
Tempat  : The Event Hall, Serdang, Kedah Darul Aman

Majlis Perpisahan ‘Setulus Budi Seindah Memori’ ini diadakan di The Event Hall, Serdang, Kedah pada 27 Julai 2025.

Majlis perpisahan ini diadakan bagi meraikan tiga orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu Puan Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang akan bertukar ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Alor Setar pada 28 Julai 2025. Seterusnya Puan Rohana bt Mohd Jalani, Ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Puan Harlina bt Md Isa, AJK Biro Kebajikan/Agama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang telah bertukar ke Jabatan baru pada 08 Mei 2025.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Ruzaiman bin Nayan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu. Para tetamu kemudiannya ditayangkan dengan video kenangan bersama Puan Siti Nur Atikah, Puan Rohana dan Puan Harlina sepanjang bertugas di jabatan ini.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK. merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu disusuli dengan ucapan oleh Puan Siti Nur Atikah binti Moktar.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata serta sesi bergambar kenangan bersama-sama para tetamu jemputan dan hadirin dalam majlis tersebut. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyampaikan sedikit cenderamata dan ucapan terima kasih yang penuh tulus juga dizahirkan atas jasa, komitmen dan sumbangan mereka sepanjang tempoh berkhidmat.

Segala jasa dan sumbangan akan sentiasa dikenang oleh masyarakat Daerah Bandar Baharu khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Semoga terus cemerlang dan sukses di tempat baharu. Sesungguhnya, budi yang ditabur akan tetap dikenang dan memori indah akan terus tersemat di hati.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua