Friday, 18 July 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐅𝐄𝐒𝐓 (𝐃𝐀𝐓𝐅) 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐅𝐄𝐒𝐓 (𝐃𝐀𝐓𝐅) 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓




























29 Jun 2025 (Ahad)

Majlis Perasmian Durian Agro Tourism Fest (DATF) Bandar Baharu 2025 telah berlangsung selama 4 hari bermula 26 Jun 2025 hingga 29 Jun 2025 bertempat di Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamed Ariff, Raja Puan Muda Kedah telah perkenan berangkat ke Majlis ini. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah turut perkenan untuk merasmikan majlis ini.

Hadir sama, YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan isteri, YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK., merangkap Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBrs. Tuan Mohd. Noor bin Ismail, Pegawai Daerah Bandar Baharu dan isteri, Puan Noor Shuhaida binti Bideng, merangkap Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan isteri, YBhg. Datin Yuzaira binti Yusoff, merangkap Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta tetamu kenamaan yang lain.

Selain daripada itu, para Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah juga turut hadir ke majlis ini, Puan Nurulhuda binti Derahim, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Sik, Puan Roihan binti Mohd Azid@Nazid, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Baling dan YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kulim.

TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Tuesday, 15 July 2025

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐔𝐂𝐈 𝐌𝐔𝐋𝐔𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍

 

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐔𝐂𝐈 𝐌𝐔𝐋𝐔𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍
































28 Jun 2025  (Sabtu)

Pertandingan Memasak Pencuci Mulut Berasaskan Durian telah diadakan dengan meriah sempena Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu pada 28 Jun 2025 bertempat di Dataran Bandar Baharu, Kedah.

Sebanyak 5 kumpulan yang menyertai pertandingan ini dan setiap peserta dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis pencuci mulut berasaskan raja buah tersebut. Pertandingan ini telah diadili oleh Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut kagum dengan tahap kreativiti dan rasa pencuci mulut yang dihasilkan.

Para pemenang menerima hadiah menarik berupa hamper dan sijil penyertaan sebagai penghargaan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Pertandingan ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk menyerlahkan bakat dalam bidang masakan, malah turut memeriahkan lagi suasana Durian Agro Tourism Fest serta mempromosikan durian sebagai ikon agropelancongan daerah.

TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua