Tuesday, 9 December 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐎𝐊𝐔, 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒, 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐁𝐄𝐓𝐄𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈  𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐎𝐊𝐔, 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒, 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐁𝐄𝐓𝐄𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀




















30 November 2025 (Ahad)

Program Komuniti Sihat Generasi Hebat sempena Hari OKU, Hari Warga Emas, Hari Diabetes dan Hari Kesihatan Mental Sedunia telah diadakan dengan jayanya pada 30 November 2025 bertempat di Dewan Seri Serdang, Sedang, Kedah. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Kesihatan (PKD) Daerah Bandar Baharu dengan tujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Program ini telah dirasmikan oleh
Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Program ini turut disertai oleh ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, yang hadir memberi sokongan padu serta memeriahkan suasana majlis

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memupuk budaya komuniti sihat generasi hebat dalam kalangan masyarakat Daerah Bandar Baharu. Selain itu, program ini bertujuan menyemai budaya keprihatinan masyarakat terhadap golongan kanak-kanak, OKU dan warga emas, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dan diabetes.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti seperti Pemeriksaan kesihatan percuma, Senamrobik Komuniti, Pameran kesihatan berkaitan OKU, warga emas, diabetes & kesihatan mental, Ceramah kesedaran kesihatan, Aktiviti kanak-kanak & warga emas, Cabutan bertuah & kuiz kesihatan. Program hari ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan, malah mengeratkan hubungan dalam komuniti Bandar Baharu.

TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua