𝐒𝐄𝐍𝐀𝐌𝐑𝐎𝐁𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
28 Jun 2025 (Ahad)
Seramai 20 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menyertai aktiviti Senamrobik dan CleanWalk Sempena Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu yang diadakan di Dataran Bandar Baharu, Kedah. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut hadir menjayakan program senamrobik dan cleanwalk bersama-sama pelbagai agensi.
Program diteruskan dengan acara senamrobik dengan jurulatih yang juga merupakan seorang kakitangan di Majlis Daerah Bandar Baharu iaitu En. Abdul Rashid Bin Abu. Program berlangsung dengan cukup meriah di mana pelbagai agensi dan jabatan menyertai program ini.
Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menyertai aktiviti. Terus kekalkan GAYA HIDUP AKTIF DAN SIHAT.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua