Monday, 14 July 2025

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐖𝐀𝐑𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊- 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐖𝐀𝐑𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊- 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊




































26 Jun 2025 (Khamis)

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak telah diadakan sempena Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu pada 25 Jun 2025 bertempat di Dataran Bandar Baharu, Kedah. Program ini merupakan hasil kerjasama antara PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Perpustakaan Daerah Bandar Baharu, sebagai inisiatif bersama untuk mencungkil bakat dan kreativiti kanak-kanak dalam bidang seni mewarna, di samping memeriahkan lagi suasana festival yang bertemakan buah-buahan tempatan khususnya durian.

Seramai 50 orang kanak-kanak berusia antara 5 hingga 9 tahun telah menyertai pertandingan ini. Peserta diberikan masa selama satu jam untuk menyiapkan lukisan yang bertemakan buah-buahan tempatan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada kanak-kanak yang berjaya dalam cabaran yang disediakan. Pemenang telah menerima hadiah menarik berupa bouquet dan alat tulis sebagai penghargaan.

Program diakhiri dengan sesi bergambar kenangan, merakam detik ceria dan semangat kebersamaan antara ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua