𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇, 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
21 Mac 2025 (Jumaat)
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Amal Warisan Kedah, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Bertam Resort and Water Park, Pulau Pinang.
Seramai 50 orang pelajar yang merupakan anak ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim atau kurang berkemampuan berpeluang berbuka puasa bersama-sama.
Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan duit raya yang telah disampaikan oleh YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBhg. Datin Hajah Rahimah binti Haji Harun daripada Pertubuhan Amal Warisan Kedah.
Turut hadir, YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YB Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Mohd. Fauzi bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah, YBrs. Encik Mohd Noor bin Ismail, Pegawai Daerah Bandar Baharu, merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, YBhg. Dato’ Haji Md Rosli bin Haji Abd Wahab, Pengerusi Pertubuhan Amal Warisan Kedah, YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Wira Hajah Mahfuzah binti Mat Desa, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Marniza Ramzani binti Mokhtar, Pengerusi Biro Kebajikan, barisan ahli jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan ahli Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Negeri Kedah dan Pertubuhan Amal Kedah atas anjuran program dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan majlis ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua