𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔- 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐃𝐖𝐍𝐊)
23 Oktober 2025 ( Khamis)
Program turun padang bagi Pengumpulan Data Dasar Wanita Negeri Kedah (DWNK), Taklimat telah dipengerusikan oleh wakil dari Bahagian perancang Ekonomi Negeri Kedah Puan Sharima Ruwaida Abbas, telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu pada jam 10.00 pagi.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan diteruskan dengan taklimat daripada pihak UUM Leads Sdn.Bhd, turut diadakan sesi perbincangan, soal jawab, cadangan serta mendapat kan maklumbalas berkenaan program.
Untuk makluman Kerajaan Negeri Kedah di bawah Portfolio Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Perpaduan Negeri sedang menggubal Dasar Wanita Negeri Kedah(DWNK). Dasar ini bertujuan untuk memperkasakan wanita sebagai pemangkin dalam mendepani cabaran era baru di dalam ekonomi dan globalisasi seiring dengan pelaksanaan 'The Greater Kedah'.
Taklimat ini turut dihadiri oleh Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Suri rumah, Pelajar IPT serta Usahawan berkaitan Produk Durian di sekitar Daerah Bandar Baharu.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua











