Sunday, 15 February 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 "𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐙𝐀𝐌𝐀𝐍-𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍" 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 "𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐙𝐀𝐌𝐀𝐍-𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍" 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇













22 Januari 2026 (Khamis)

Biro Pesara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Israk Mikraj 1447H bertempat di Rumah PUSPANITA.

Seramai tujuh puluh (70) orang ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah hadir ke program ini. YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah berbesar hati hadir ke majlis ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datin Hajah Noor Hayati binti Ismail, Pengerusi Biro Pesara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan diikuti bacaan Yasin yang diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Mariah binti Haji Hitam selaku khalifah.

Program diteruskan lagi oleh Ustazah Zinnirah binti Mohd Amir bagi memberi tazkirah mengenai Israk Mikraj bertajuk "Menjadi Wanita Solehah di Akhir Zaman - Antara Cabaran dan Harapan".

Turut hadir ke program ini adalah YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah binti Hassan, mantan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah merangkap Pengerusi PUSPANITA Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Pengerusi dan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah dan Jabatan serta ahli-ahli Biro Pesara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut terlibat dalam menjayakan majlis yang bermakna ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua