𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝟒𝐊𝐌 𝐀𝐃𝐕𝐄𝐍𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐓𝐑𝐈𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟓
Tarikh : 05 Oktober 2025
Masa : 8.00 pagi - 1.00 t/hari
Tempat : Taman Rekreasi Batu Hampar, Serdang, Kedah
Program Rakan Bumi 4KM Adventure Trip 2025 telah diadakan pada 05 Oktober 2025 bertempat di Taman Rekreasi Batu Hampar, Serdang, Kedah. Program ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti lasak dan beriadah di kawasan semula jadi.
Seramai 10 orang hli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut mengambil bahagian dalam program ini dengan penuh semangat. Penyertaan ahli-ahli PUSPANITA bukan sahaja menunjukkan sokongan terhadap inisiatif menjaga kelestarian alam, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta disamping menyemai kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar sambil menjalani aktiviti sihat dan menyeronokkan.
Setiap peserta diberi sijil penyertaan sebagai penghargaan terlibat dalam program ini. TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
















