𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓
Bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2025, PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Pertandingan Videografi yang terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan kreativiti dan semangat patriotisme dalam kalangan ahli melalui penghasilan video yang bertemakan “Semangat Kemerdekaan dan Cinta Negara”.
Pertandingan ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta yang menunjukkan bakat serta daya kreativiti masing-masing dalam menyampaikan mesej kemerdekaan melalui medium videografi.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan semasa Program Bersama Komuniti Jiwa Merdeka Bebas Dadah sebagai acara penutup.
TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

