𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐍𝐖𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 - 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 - 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀
26 Februari 2026 (Khamis)
Program Tanwir Ramadan 1447H/2026M telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bermula 24 Februari hingga 26 Februari 2026 bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah.
Program tahunan ini bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan penjawat awam, di samping menjadi wadah menimba ilmu dan memperkukuh nilai spiritual sepanjang bulan yang mulia ini. Pada tahun ini, program membawa tema “Ramadan Infiniti: Amal Tanpa Henti, Jiwa Terinspirasi”, dengan menampilkan tiga pendakwah tersohor iaitu Ustaz Haji Jafri bin Abu Bakar @ Mahmud, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah serta Ustazah Asmak Husin.
Alhamdulillah, pada hari terakhir program, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat SUK Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Asmak Husin, dengan tajuk “Pendosa yang Mendambakan Syurga”. Sesi tersebut dikendalikan oleh Puan Syarifah Nur Safuraa binti Syed Zulfakhar selaku moderator dan telah mengupas pelbagai isu berkaitan keinsafan, taubat serta kasih sayang Allah SWT yang tidak bertepi.
YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah turut berbesar hati hadir ke program dan seterusnya menyampaikan hadiah bagi kategori ‘Reruai Jualan Tercantik’.
Dalam program yang sama, penyerahan Bakul Kasih Ramadan Tahun 2026 turut dilaksanakan secara simbolik kepada semua Pengerusi Cawangan Kecil Daerah oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah untuk diagihkan kepada penerima yang layak di seluruh daerah.
Seramai 10 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut hadir bagi mengikuti sesi program tersebut. Semoga semua peserta dan ahli PUSPANITA yang menghadiri program ini
menjadi platform penyatuan ukhuwah dan medan memperkaya ilmu, seterusnya membawa keberkatan dan penghayatan Ramadan yang lebih bermakna.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua














