πππππππ πππππ ππππππ πππππππππ ππππππ ππππππ ππππππ
TARIKH : 05 Mac 2026 (Khamis)
MASA : 10.00 Pagi
TEMPAT : Belakang Parkir Motosikal Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu
Sempena meraikan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Program Bubur Lambuk dengan kerjasama Kelab Pejabat Tanah Bandar Baharu.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA di samping memupuk semangat kerjasama dalam menyediakan juadah bubur lambuk. Juadah yang disediakan ini bukan sahaja untuk dinikmati oleh ahli dan peserta yang hadir, malah turut dikongsi bersama jabatan-jabatan sekitar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang telah memberikan kerjasama, sumbangan tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini dengan penuh semangat kebersamaan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mengukuhkan ukhuwah serta menyemarakkan lagi semangat Ramadan.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
π±Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
π» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua






















