ππππππππππππ πππππππ
Tarikh : 12 Jun 2025 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Ole-ole Superbowl, Kulim, Kedah
Pertandingan Bowling anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Ole-Ole Superbowl, Kulim bermula pada 12 Jun 2025 bermula jam 2.00 petang dan berakhir sekitar jam 5.00 petang.
Majlis disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail bersama Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut hadir memberi sokongan dan galakan untuk program ini.
Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan pejabat serta ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, selain menyemai semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan peserta.
Seramai 42 orang kakitangan dan ahli PUSPANITA telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang dibahagikan kepada 14 kumpulan terdiri dari 3 orang bagi setiap kumpulan. Sepanjang pertandingan, suasana begitu meriah dan penuh dengan gelak ketawa serta sorakan semangat daripada rakan-rakan sepasukan.
Antara kategori yang dipertandingkan termasuklah Pasukan Terbaik, Pemain Lelaki Terbaik dan Pemain Wanita Terbaik. Hadiah dan cenderahati turut disediakan bagi para pemenang sebagai penghargaan atas semangat dan pencapaian mereka.
Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar kenangan.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang telah menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
π» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua