𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐅𝐔𝐍 𝐇𝐈𝐊𝐄 @ 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐀𝐍𝐆𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
29 Mei 2025 (Khamis)
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah berjaya menyertai Program Fun Hike @ Bukit Angin Bandar Baharu sempena Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Bandar Baharu 2025 pada 29 Mei 2025 di Bukit Angin, Bandar Baharu, Kedah.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Turut serta bersama Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Seramai 50 orang peserta dari pelbagai Agensi Kerajaan Daerah Bandar Baharu telah menyertai program ini iaitu mendaki Bukit Angin dengan ketinggian 416 meter diatas paras bukit. Program diteruskan dengan Majlis pelancaran Papan Tanda Pelancongan Bukit Angin, penyampaian sijil penyertaan dan cabutan bertuah.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua Jabatan yang berkaitan , seluruh warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang terlibat dalam menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua