𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu diwakili oleh Puan Nurul Haniza bt Abdul Ghani, Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu
telah menyampaikan Penyerahan Cenderahati Penghargaan kepada Puan Rohana bt Mohd Jalani, Ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Puan Harlina bt Md Isa, AJK Biro Kebajikan/Agama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang telah bertukar ke Jabatan baru pada 08 Mei 2025.
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Puan Rohana dan Puan Harlina atas segala sumbangan yang dicurahkan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti dijalankan oleh PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Semoga ikatan ukhwah ini tetap utuh berkekalan.
Aamiin Ya Rabbal’alamiin