𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇: 𝐇𝐈𝐒𝐓𝐎𝐑𝐈𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐍𝐔𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀
27 - 28 Mei 2025 (Selasa - Rabu)
Seramai 4 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Seminar Antarabangsa Kedah : Historiografi Nusantara 2025 (SAK 2025) yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Lisan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia yang turut melibatkan pembentang dan peserta dari Malaysia, Indonesia dan Thailand telah diadakan di Perpustakaan Digital Kedah, Alor Setar, Kedah.
Seminar ini dihadiri oleh lebih 90 pembentang, terdiri daripada ahli akademik, penyelidik dan penggiat warisan. Sebelas sub-tema seminar ini memberi tumpuan kepada kajian dan pemeliharaan sejarah serta warisan Nusantara dengan tujuan untuk memastikan sejarah yang kaya ini tidak hilang ditelan zaman.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) atas anjuran program ini. Tahniah kepada semua peserta yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua