Tuesday, 27 October 2020
Thursday, 22 October 2020
Program Do It Yourself (D. I. Y) Anjuran KEMAS Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
22 Oktober 2020 (Khamis)
Program Do It Yourself (D. I. Y) Anjuran KEMAS Daerah Bandar
Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Seramai 15 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu
berpeluang menyertai kursus berkenaan bertempat di Pusat Sumber KEMAS, Parit
Nibong, Bandar Baharu.
Peserta diajar membuat kerusi kecil dari kayu pallet dan
masing-masing membawa pulang hasil yang telah dibuat dan sijil penyertaan
kursus.
Majlis Penutup Kursus ini telah dirasmikan oleh Penolong
Pegawai Daerah (Pendaftaran) Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu merangkap
Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Daerah Bandar Baharu sebagai mewakili Puan
Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pegawai KEMAS Daerah
Bandar Baharu dan Penghulu Mukim Bagan Samak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan
kepada pihak KEMAS Bandar Baharu atas penganjuran kursus kemahiran ini dan
tahniah kepada semua ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang berkesempatan
menyertai kursus ini.
Wednesday, 21 October 2020
Program Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu Prihatin 4.0 dan penyerahan Sumbangan Zakat dan Kit Makanan di Mukim Bagan Samak.
18 Oktober 2020 (Ahad)
Program Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu Prihatin 4.0 dan penyerahan Sumbangan Zakat dan Kit Makanan di Mukim Bagan Samak.
Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu meluangkan masa menziarahi mangsa kemalangan, Encik Mohamad Zaitun bin Ishak di Kg Paya Takong Mukim Bagan Samak dan menyerahkan sumbangan dari Pejabat Zakat Bandar Baharu manakala kit makanan dari Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta sumbangan beras oleh PUSPANITA Daerah Bandar Baharu disampaikan oleh Puan Amila Binti Ahmad,Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu untuk beliau dan keluarga.
Turut serta bersama-sama ialah wakil Pejabat ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penghulu Mukim Bagan Samak dan Wakil JKM Bandar Baharu.
Semoga bantuan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.
Sunday, 18 October 2020
Pertandingan Badminton dan Karom 2020 anjuran PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.
17 Oktober 2020 (Sabtu)
Pertandingan Badminton dan Karom 2020 anjuran PUSPANITA
Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu
serta Majlis Daerah Bandar Baharu.
Pertandingan yang diadakan melibatkan ahli-ahli PUSPANITA
Daerah Bandar Baharu dengan menjemput Yang Berhormat Adun Bandar Baharu dan
Ahli-ahli Majlis Daerah Bandar Baharu bersama-sama menyertai pertandingan
ini. 4 kategori yang dipertandingkan
iaitu Badminton (VIP), Badminton terbuka, Karom (VIP) dan Karom (terbuka).
Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut
mengambil bahagian dalam kategori Badminton (VIP) berpasangan dengan Timbalan
Pengerusi 2 PUSPANITA BB dan Karom (VIP) berpasangan bersama Tuan Penasihat
PUSPANITA Bandar Baharu.
Turut ikut serta bertanding ialah YB Dato' Norsabrina bt
Mohd Noor, ADUN Bandar Baharu dalam kategori Badminton (VIP) dan Tuan Penasihat
PUSPANITA Bandar Baharu yang bertanding dalam permainan Karom kategori (VIP).
Majlis terlebih dahulu dirasmikan oleh Puan Pengerusi PUSPANITA
Daerah Bandar Baharu.
Semua peserta yang terlibat menerima pingat dan sijil penyertaan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil
bahagian dalam pertandingan tersebut.