Thursday 22 October 2020

Program Do It Yourself (D. I. Y) Anjuran KEMAS Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

 

22 Oktober 2020 (Khamis)

Program Do It Yourself (D. I. Y) Anjuran KEMAS Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Seramai 15 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu berpeluang menyertai kursus berkenaan bertempat di Pusat Sumber KEMAS, Parit Nibong, Bandar Baharu.

Peserta diajar membuat kerusi kecil dari kayu pallet dan masing-masing membawa pulang hasil yang telah dibuat dan sijil penyertaan kursus.

Majlis Penutup Kursus ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu merangkap Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Daerah Bandar Baharu sebagai mewakili Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pegawai KEMAS Daerah Bandar Baharu dan Penghulu Mukim Bagan Samak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak KEMAS Bandar Baharu atas penganjuran kursus kemahiran ini dan tahniah kepada semua ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang berkesempatan menyertai kursus ini.

 































Wednesday 21 October 2020

Program Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu Prihatin 4.0 dan penyerahan Sumbangan Zakat dan Kit Makanan di Mukim Bagan Samak.


18 Oktober 2020 (Ahad)

Program Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu Prihatin 4.0 dan penyerahan Sumbangan Zakat dan Kit Makanan di Mukim Bagan Samak.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu meluangkan masa menziarahi mangsa kemalangan, Encik Mohamad Zaitun bin Ishak di Kg Paya Takong Mukim Bagan Samak dan menyerahkan sumbangan dari Pejabat Zakat Bandar Baharu manakala kit makanan dari Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta sumbangan beras oleh PUSPANITA Daerah Bandar Baharu disampaikan oleh Puan Amila Binti Ahmad,Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu untuk beliau dan keluarga.

Turut serta bersama-sama ialah wakil Pejabat ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penghulu Mukim Bagan Samak dan Wakil JKM Bandar Baharu.

Semoga bantuan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

 











Sunday 18 October 2020

Pertandingan Badminton dan Karom 2020 anjuran PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.

 17 Oktober 2020 (Sabtu)

Pertandingan Badminton dan Karom 2020 anjuran PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.

Pertandingan yang diadakan melibatkan ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dengan menjemput Yang Berhormat Adun Bandar Baharu dan Ahli-ahli Majlis Daerah Bandar Baharu bersama-sama menyertai pertandingan ini.  4 kategori yang dipertandingkan iaitu Badminton (VIP), Badminton terbuka, Karom (VIP) dan Karom (terbuka).

Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut mengambil bahagian dalam kategori Badminton (VIP) berpasangan dengan Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA BB dan Karom (VIP) berpasangan bersama Tuan Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu.

Turut ikut serta bertanding ialah YB Dato' Norsabrina bt Mohd Noor, ADUN Bandar Baharu dalam kategori Badminton (VIP) dan Tuan Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu yang bertanding dalam permainan Karom kategori (VIP).

Majlis terlebih dahulu dirasmikan oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Semua peserta yang terlibat menerima pingat  dan sijil penyertaan.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.