𝐇𝐈-𝐓𝐄𝐀 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐆𝐎 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍
07 Mei 2026 (Khamis)
Program Hi-Tea Skuad Antidadah Daerah Bandar Baharu bersama NGO dan jabatan-jabatan sekitar daerah diadakan bersempena Seminar Skuad Antidadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Baharu yang bertempat di Serdang Lake View, Serdang, Kedah.
Program yang bertemakan “Blue Denim” ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bersama ahli SKUAD AADK, NGO dan pelbagai jabatan dalam usaha menyokong agenda pencegahan dadah di peringkat komuniti. Majlis berlangsung dalam suasana santai, ceria dan penuh kemesraan dengan para peserta tampil mengikut tema yang ditetapkan.
Melalui program ini, para peserta berpeluang berinteraksi, bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam memperkasakan peranan komuniti ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua




























