Saturday, 20 June 2026

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 "𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐅𝐀𝐓𝐖𝐀-𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔" 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

21 Mei 2026 (Khamis)

Program "Diskusi Fatwa-Fiqh Korban 1447H/2026" Peringkat Daerah Bandar Baharu diadakan bertempat di The Event Hall, Serdang, Kedah. Program ini dianjurkan bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada masyarakat mengenai hukum-hakam, syarat serta pelaksanaan ibadah korban mengikut syariat Islam.

Ahli panel yang terlibat adalah dari Jabatan Mufti Negeri Kedah Hal Ehwal dan Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu,  YBhg. Tuan Sheikh Mohd Fadhil Bin Abd. Rahman, bersama moderator Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu.

Program ini dihadiri oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bersama-sama Jabatan dan Agensi Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid Daerah Bandar Baharu, Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta guru-guru agama daerah Bandar Baharu.

Melalui sesi diskusi yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman, para peserta berpeluang menambah pengetahuan berkaitan fatwa dan fiqh korban, di samping mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan ibadah korban.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua