Wednesday 18 May 2022

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PDTBB, MDBB & PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

 19 MEI 2022 (KHAMIS)
DEWAN SERI SERDANG

Majlis ini telah berlangsung di Dewan Seri Serdang bermula pada jam 11.30pagi. Majlis dimulakan dengan aluan pengacara majlis, Penghulu Abdullah Sadiq dan diberkati lagi bacaaan doa oleh Penghulu Muhammad Fazil bin Ahmad.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan disusuli dengan jamuan makan.

Turut serta dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah ( Pengurusan Daerah), Pengerusi bersama AJK, ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, ketua-ketua/wakil-wakilJabatan/Agensi di dalam daerah Bandar Baharu, Ahli-ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Penghulu-penghulu Mukim, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar serta Majlis Daerah Bandar Baharu

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb