Saturday 28 October 2023

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐈𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀










 

𝟐𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐈𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀

TARIKH    :  27 OKTOBER 2023 (KHAMIS)
MASA       :  9.30 PAGI
TEMPAT    :  DEWAN AUDITORIUM MPSPK, SUNGAI PETANI, KEDAH

Seminar Ikatan Kasih anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda telah diadakan pada 27 Oktober 2023 bertempat di Dewan Auditorium MPSPK, Sungai Petani, Kedah. Seramai 10 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu hadir ke seminar ini.

Seminar ini yang dianjurkan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil Kuala Muda turut dihadiri Tuan Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda, Tuan Ilias Bin Shuib, AMK., BCK.  dan Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kuala Muda, Puan Nazwa Binti Mohd Rosley. Seminar ini disampaikan oleh Dr. Ismail bin Tambi, Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Daerah Kuala Muda atas anjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menyertai bagi menjayakan seminar ini.

*“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”*

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟑

 

















𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟑

TARIKH  : 14 OKTOBER 2023 (SABTU)
MASA     : 9.00 Pagi
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI DAERAH BANDAR BAHARU

Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2023 telah diadakan pada 13, 14 dan 15 Oktober 2023. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah dan Tanah Bandar Baharu iaitu Tuan Mohd Noor bin Ismail, merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu, Kedah.

Sebanyak 12 acara sukan telah dilakukan sepanjang 3 hari berlangsungnya program ini diantaranya Cabaran Bukit Angin, Senamrobik, Clean Walk, Aerobathon, Mari Mencuba Flying Fox, Kejohanan Futsal dan lain-lain lagi. Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk dan agensi-agensi kerajaan/swasta sekitar daerah Bandar Baharu khususnya. Penglibatan keseluruhan untuk kesemua acara sukan bagi program ini dianggarkan hampir mencecah 6000 orang.

Program Hari Sukan Negara ini disambut pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dimana objektif sambutan adalah untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif, meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan sebagainya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu atas anjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

*“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”*

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun

Friday 27 October 2023

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 ‘𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐓𝐔𝐋𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐀𝐁𝐀𝐃𝐈’ 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐄𝐋𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐘𝐔𝐒𝐎𝐅𝐅, 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐀𝐙𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐌𝐃 𝐙𝐔𝐊𝐈, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 








𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐈𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 ‘𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐓𝐔𝐋𝐔𝐒 𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐀𝐁𝐀𝐃𝐈’ 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐄𝐋𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐘𝐔𝐒𝐎𝐅𝐅, 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐀𝐙𝐋𝐈𝐍𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐌𝐃 𝐙𝐔𝐊𝐈, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

TARIKH  : 09 OKTOBER 2023 (ISNIN)
MASA     : 4.00 petang
TEMPAT : Event Hall Dewan Seri Tasik, Serdang, Kedah Darul Aman

Majlis Perpisahan ‘Jasamu Dikenang, Setulus Ingatan Kekal Abadi’ ini diadakan di Event Hall Dewan Seri Tasik, Serdang Kedah Darul Aman pada jam 4.00 petang.

Majlis perpisahan ini diadakan bagi menghargai Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, YBhg. Dato' Haji Elmi Bin Yusoff merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang akan bertukar ke Majlis Perbandaran Kulim pada 09 October 2023 (Isnin). Turut hadir YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohamad Izzat, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Para tetamu kemudiannya ditayangkan dengan video kenangan bersama YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff sepanjang beliau bertugas mulai 01 Disember 2022 sehingga 08 October 2023.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari YB Roslan bin Hashim Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu dan YB Ts. Dr. Haji Mohd Suffian Bin Haji Yusoff Adun Bandar Baharu, disusuli dengan ucapan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata serta sesi bergambar kenangan bersama-sama para tetamu jemputan dan hadirin dalam majlis tersebut. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyampaikan sedikit cenderamata buat YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki sebagai tanda kenang-kenangan.

Setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff dan YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki sepanjang perkhidmatan beliau selama berada di Daerah Bandar Baharu.

Segala jasa dan sumbangan YBhg. Datin Azlina akan sentiasa dikenang oleh masyarakat Daerah Bandar Baharu khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

"𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑨𝑱𝑼 𝑱𝑨𝒀𝑨 𝑫𝑰𝑼𝑪𝑨𝑷𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑷𝑨𝑫𝑨 𝒀𝑩𝑯𝑮. 𝑫𝑨𝑻𝑶’ 𝑯𝑨𝑱𝑰 𝑬𝑳𝑴𝑰 𝑩𝑰𝑵 𝒀𝑼𝑺𝑶𝑭𝑭 𝑫𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑻𝑰𝑵 𝑨𝒁𝑳𝑰𝑵𝑨 𝑴𝑫 𝒁𝑼𝑲𝑰 𝑫𝑨𝑹𝑰 𝑲𝑨𝑴𝑰 𝑾𝑨𝑹𝑮𝑨 𝑷𝑼𝑺𝑷𝑨𝑵𝑰𝑻𝑨 𝑪𝑨𝑾𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑪𝑰𝑳 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑩𝑨𝑵𝑫𝑨𝑹 𝑩𝑨𝑯𝑨𝑹𝑼"

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟑








𝟏𝟗 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟑

Pertandingan Sukan Tradisional Congkak dan Batu Seremban Sempena Pesta Buku Kedah 2023 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) dengan kerjasama PUSPANITA Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah diadakan di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Alor Setar, Kedah pada jam 8.30 pagi.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut mengambil bahagian dalam pertandingan sukan tradisional congkak dan batu seremban. Dalam pertandingan ini, Kumpulan Congkak dan Kumpulan Batu Seremban PUSPANITA Daerah Bandar Baharu kurang bernasib baik untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang telah menyertai pertandingan ini dan berjaya memberi saingan hebat kepada semua pasukan yang bertanding.

*“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”*

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun


Monday 23 October 2023

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐀𝐒-𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐂𝐎𝐍𝐒𝐔𝐋𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 













𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐀𝐒-𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐂𝐎𝐍𝐒𝐔𝐋𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

TARIKH  : 18 JULAI 2023 (SELASA)
MASA     : 11.00 PAGI
TEMPAT  : SEKITAR DAERAH BANDAR BAHARU

Program Penyampaian Sumbangan Puspanita Di Hati Serta Penyampaian Wakalah Zakat Oleh As-Bina Consulting Sdn Bhd Kepada Golongan Asnaf Daerah Bandar Baharu Anjuran Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 18 Julai 2023 bertempat di sekitar Mukim Serdang, Selama, Sungai Batu Daerah Bandar Baharu, Kedah.

Program tersebut dihadiri oleh YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta barisan jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut sama hadir menyampaikan sumbangan wakalah zakat dan Puspanita diHati.

YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan wakalah zakat oleh As-Bina Consulting Sdn Bhd kepada lima (5) orang penerima asnaf daripada enam (6) buah mukim di Bandar Baharu dan juga sumbangan PUSPANITA Di Hati kepada seorang (1) orang penerima yang tidak dapat hadir ketika Program Puspanita diHati sebelum itu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepadasemua ahli jawatankuasa PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut turun padang bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Wednesday 4 October 2023

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇!!!!!

 


𝟎𝟒 𝐎𝐜𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐑𝐚𝐛𝐮)

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇!!!!!

Tahniah diucapkan kepada  Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di atas Anugerah Pementoran Organisasi Terbaik Kategori Organisasi sempena Konvokesyen Akrab Kebangsaan Tahun 2023 Kedah

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Serta Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua