ππππππππππππ πππππ πππππππππππ πππππππ πππ ππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππ πππππ ππππ
Pertandingan Sukan Tradisional Congkak dan Batu Seremban Sempena Pesta Buku Kedah 2023 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) dengan kerjasama PUSPANITA Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah diadakan di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Alor Setar, Kedah pada jam 8.30 pagi.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut mengambil bahagian dalam pertandingan sukan tradisional congkak dan batu seremban. Dalam pertandingan ini, Kumpulan Congkak dan Kumpulan Batu Seremban PUSPANITA Daerah Bandar Baharu kurang bernasib baik untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang telah menyertai pertandingan ini dan berjaya memberi saingan hebat kepada semua pasukan yang bertanding.
*βWANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKATβ*
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
π» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun