Thursday 30 September 2021

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021 PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

 29 SEPTEMBER 2021 (RABU)

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara ini telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi google meet pada jam 3.00 petang dan dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan seterusnya membincangkan mengenai agenda-agenda Hari Sukan Negara yang telah disediakan oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan penerangan SOP Penganjuran Hari Sukan Negara Tahun 2021 oleh Encik Shamsul Qamar bin Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.  

Hari Sukan  Negara ini akan dijalankan selama 3 hari iaitu ada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2021.

Antara SOP yang berkaitan dengan Hari Sukan Negara adalah seperti berikut :

1. Protokol Am Majlis Sambutan HSN2021
2. Protokol Am Individu (Fizikal)
3. Protokol Am Penganjuran HSN2021 : Program Virtual

Mesyuarat dimaklumkan bahawa dalam SOP Am Sektor Sukan dan Rekreasi, terdapat beberapa perkara yang dibenarkan dan dilarang sepanjang program tersebut dijalankan.

Antaranya termasukla pihak penganjur perlu memastikan setiap peserta yang menyertai program pada hari tersebut telah lengkap divaksinasi. Jumlah peserta bagi setiap aktiviti pula ditetapkan mengikut SOP Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selain itu, wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga turut menerangkan perkara-perkara yang perlu dipatuhi sepanjang program tersebut.

Puan Pengerusi dan Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dijangka akan turut bersama turun padang menyertai pelbagai acara dan aktiviti yang disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu pada ketiga-tiga hari tersebut.

Antara cadangan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dilaksanakan ialah :

1. Senamrobik
2. Fun Walk
3. Fun Ride
4. Power Bocking Skyrunner
5. Klinik Teqball
6. Tree Climbing
7. Waterfall Climbing
8. Sepak Raga Tuju
9. Permainan E-Sport (Mobile Lagends & PUBG)
10. Sepak Penalti
11. 3 Pertandingan Permainan Mini Paralimpik

Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) merangkap Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Pengerusi Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ketua Bahagian Korporat dan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua-Ketua / wakil Jabatan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, Setiausaha Majlis Sukan Daerah Bandar Baharu, Penghulu-Penghulu Mukim dan urus setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.

Semoga Hari Sukan Negara Tahun 2021 Peringkat Daerah Bandar Baharu akan berlangsung dengan lancar dan jayanya dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#MesradanBerinformasi
#towardssportingnation
#HSN2021
#keluargaMalaysia

 

















Thursday 16 September 2021

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL

 16 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS)

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil anjuran Bahagian Pengurusan Korporat MDBB ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada jam 8.00 malam.

Majlis Bacaan Yaasin ini dipimpin oleh Encik Nazirul Mubin bin Nazari, Pembantu Penguatkuasa MDBB manakala Bacaan Tahlil dan doa pula dipimpin oleh Encik Zul Aiman bin Md Salleh, Ketua Unit OSC MDBB.

Majlis ini diadakan bagi memohon kepada Allah s.w.t. agar urusan rawatan perubatan kepada isteri Encik Rashid Bin Ghazali (kakitangan MDBB) yang akan menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang esok (Jumaat 17 September 2021) berjalan lancar.

Selain itu, Bacaan Tahlil pula diadakan bagi mendoakan kesejahteraan mereka yang telah kembali ke rahmatullah sebelum ini dari kalangan para warga kerja dan ahli keluarga Majlis Daerah Bandar Baharu serta Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu. Semoga semuanya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. dan ditempatkan di syurga bersama para mukminin dan solihin.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyertai Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil ini secara dalam talian di kediaman beliau.

Turut serta dalam majlis ini ialah Puan Amila binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Cik Siti Nor Atikah binti Moktar, (Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), Penghulu-Penghulu Mukim, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.

Semoga  Allah S.W.T melancarkan urusan perubatan isteri Encik Rashid dan seterusnya memberi kesembuhan segera kepada beliau serta didoakan agar sentiasa di bawah rahmat dan lindungan dari Allah s.w.t.

💻 Facebook Page : https://web.facebook.com/Puspanita-Daerah-Bandar-Baharu-100293515081608/

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#MesradanBerinformasi













Wednesday 15 September 2021

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

 

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

16 𝘚𝘦𝘱𝘵𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 2021

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.



#malaysiaprihatin
#patuhisop
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#lindungbandarbaharu
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Sunday 12 September 2021

PROGRAM LPPKN KEDAH : PEKA SIRI 3 Duka Dalam Leka : ADOPT to ADAPT BDR & PDPR

 12 SEPTEMBER 2021 (AHAD)

Program Webinar Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) merupakan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah Darul Aman.  Ceramah program ini disampaikan oleh En. Noor Sazali bin Mansor (Family Coach LPPKN Negeri Kedah) dan dibantu oleh urusetia LPPKN Negeri Kedah. Program ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada jam 10.00 pagi.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan menyertai program yang dianjurkan secara maya ini.

Antara ilmu yang dikongsi oleh penceramah adalah Analisa iaitu mengenalpasti dan menganalisa sesuatu perkara sama ada ianya adalah Kebetulan atau Transformasi. Penceramah memilih situasi Pandemik Covid-19 sebagai contoh kerana Pandemik Covid-19 telah banyak memberikan transformasi dalam kehidupan masyarakat.

Antara cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sewaktu Covid-19 ini adalah melalui fasa baru dalam mempraktikkan sistem hidup yang luar dari kebiasaan amalan biasa. Senario kehidupan yang berpaksi kepada Norma Baharu menjadi landas kepada pembentukan budaya hidup semasa masyarakat. Covid-19 telah mencipta fenomena baru dalam kehidupan sosial masyarakat.

Selain itu, penceramah juga berkongsi maksud tajuk ceramah iaitu ADOPT dan ADAPT yang mana ianya berkait rapat dalam kehidupan masyarakat pada masa sekarang memandangkan situasi pandemik kini telah memberi perubahan terhadap Tingkah Laku dan Gaya Hidup, Bekerja Dari Rumah (BDR) serta Perancangan Keluarga.

Antara faktor-faktor penting yang dikongsikan di dalam program ini adalah :

V - Volatility
U - Uncertainty
C - Complexity
A - Ambiguity

A - Accept
D - Divert
O - Optimist
P - Pecify
T - Take Charge

A - Attitude
D - Develop
A - Align
P - Practice
T - Time


Pengurusan tempat kerja, masa dan jadual kerja serta perlajaran anak-anak adalah faktor yang penting agar ibu bapa dapat memastikan proses BDR dan PDPR dapat dibuat dengan baik. Antara pengisian lain yang bermanfaat adalah 10 Tips Menguruskan PDPR Anak-Anak serta 5 faktor Mengenali Personaliti Diri. Ceramah yang dijalankan selama 2 jam ini banyak memberi ilmu pengetahuan dan maklumat kepada ibu bapa serta warga kerja tentang perkara-perkara yang perlu dititik beratkan apabila menghadapi norma baharu

Seramai 110 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan turut menyertai program yang penuh bermanfaat ini. Semoga dengan pengisian ilmu dapat membantu masyarakat untuk lebih bersedia dan yakin dalam menghadapi persekitaran norma baharu semasa.

Turut serta dalam program secara dalam talian dengan pematuhan SOP yang ditetapkan ini ialah YBhg. Datin Paduka Haryanti binti Amit [Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah], YBhg. Datin Noor Afza binti Osman [Timbalan Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah], Puan Amila binti Ahmad  [Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu], Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Biro Pendidikan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih  kepada semua Urusetia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah Darul Aman atas inisiatif penganjuran dan komitmen tinggi dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program yang dilaksanakan ini.


💻 Facebook Page : https://web.facebook.com/Puspanita-Daerah-Bandar-Baharu-100293515081608/

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayathome
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#institusitanahdanukurnegera
#puspanitabandarbaharu
#MesradanBerinformasi