Sunday, 12 September 2021

PROGRAM LPPKN KEDAH : PEKA SIRI 3 Duka Dalam Leka : ADOPT to ADAPT BDR & PDPR

 12 SEPTEMBER 2021 (AHAD)

Program Webinar Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) merupakan anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah Darul Aman.  Ceramah program ini disampaikan oleh En. Noor Sazali bin Mansor (Family Coach LPPKN Negeri Kedah) dan dibantu oleh urusetia LPPKN Negeri Kedah. Program ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting pada jam 10.00 pagi.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan menyertai program yang dianjurkan secara maya ini.

Antara ilmu yang dikongsi oleh penceramah adalah Analisa iaitu mengenalpasti dan menganalisa sesuatu perkara sama ada ianya adalah Kebetulan atau Transformasi. Penceramah memilih situasi Pandemik Covid-19 sebagai contoh kerana Pandemik Covid-19 telah banyak memberikan transformasi dalam kehidupan masyarakat.

Antara cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sewaktu Covid-19 ini adalah melalui fasa baru dalam mempraktikkan sistem hidup yang luar dari kebiasaan amalan biasa. Senario kehidupan yang berpaksi kepada Norma Baharu menjadi landas kepada pembentukan budaya hidup semasa masyarakat. Covid-19 telah mencipta fenomena baru dalam kehidupan sosial masyarakat.

Selain itu, penceramah juga berkongsi maksud tajuk ceramah iaitu ADOPT dan ADAPT yang mana ianya berkait rapat dalam kehidupan masyarakat pada masa sekarang memandangkan situasi pandemik kini telah memberi perubahan terhadap Tingkah Laku dan Gaya Hidup, Bekerja Dari Rumah (BDR) serta Perancangan Keluarga.

Antara faktor-faktor penting yang dikongsikan di dalam program ini adalah :

V - Volatility
U - Uncertainty
C - Complexity
A - Ambiguity

A - Accept
D - Divert
O - Optimist
P - Pecify
T - Take Charge

A - Attitude
D - Develop
A - Align
P - Practice
T - Time


Pengurusan tempat kerja, masa dan jadual kerja serta perlajaran anak-anak adalah faktor yang penting agar ibu bapa dapat memastikan proses BDR dan PDPR dapat dibuat dengan baik. Antara pengisian lain yang bermanfaat adalah 10 Tips Menguruskan PDPR Anak-Anak serta 5 faktor Mengenali Personaliti Diri. Ceramah yang dijalankan selama 2 jam ini banyak memberi ilmu pengetahuan dan maklumat kepada ibu bapa serta warga kerja tentang perkara-perkara yang perlu dititik beratkan apabila menghadapi norma baharu

Seramai 110 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan turut menyertai program yang penuh bermanfaat ini. Semoga dengan pengisian ilmu dapat membantu masyarakat untuk lebih bersedia dan yakin dalam menghadapi persekitaran norma baharu semasa.

Turut serta dalam program secara dalam talian dengan pematuhan SOP yang ditetapkan ini ialah YBhg. Datin Paduka Haryanti binti Amit [Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah], YBhg. Datin Noor Afza binti Osman [Timbalan Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah], Puan Amila binti Ahmad  [Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu], Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Biro Pendidikan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih  kepada semua Urusetia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah Darul Aman atas inisiatif penganjuran dan komitmen tinggi dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program yang dilaksanakan ini.


💻 Facebook Page : https://web.facebook.com/Puspanita-Daerah-Bandar-Baharu-100293515081608/

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayathome
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#institusitanahdanukurnegera
#puspanitabandarbaharu
#MesradanBerinformasi