𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 (𝐆𝐄𝐆𝐀𝐑) 𝐀𝐀𝐃𝐊 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
4 Mei 2026 (Isnin)
Program Gerakan Pemerkasaan Rakyat (GEGAR) anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Baharu telah berlangsung di Bilik Seminar Masjid Al-Fateh, Serdang dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk ketua jabatan, ahli PEMADAM, ahli skuad Antidadah, Ahli Puspanita serta pemimpin komuniti.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Noor Ismail, Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut menekankan kepentingan kerjasama masyarakat dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah. Majlis diteruskan dengan sesi pembentangan oleh setiap peserta yang hadir. Puan Nurul Haniza binti Abdul Ghani, setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut membentangkan berkaitan peranan komuniti dalam menangani isu dadah di peringkat setempat.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta kemahiran masyarakat mengenai peranan mereka dalam menangani masalah dadah di peringkat komuniti. Selain memberi kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah, ia juga memperkukuh semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk setempat bagi mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas dadah.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua























































