Friday, 22 May 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐀𝐃𝐊 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐀𝐃𝐊 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔








31 Mac 2026 (Selasa)

Seramai 10 ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program komuniti iaitu Program Skuad Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Baharu. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan bertempat di Kampung Chelong, Lubuk Buntar, Serdang, Kedah.


Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah di samping mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung, termasuk sesi taklimat, gotong-royong serta aktiviti pertandingan memasak bersama penduduk kampung.


Penglibatan ahli PUSPANITA dalam program ini amat bermakna kerana dapat menyokong usaha murni AADK dalam mendekati masyarakat serta menyampaikan mesej pencegahan dadah secara lebih berkesan.


Terima kasih AADK Bandar Baharu atas anjuran program ini. Melalui program seperti ini, diharapkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya dadah dapat dipertingkatkan dan seterusnya melahirkan komuniti yang lebih sihat, harmoni dan bebas daripada gejala sosial.


"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"


🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:

https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1


💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120


#PUSPANITABandarBaharu

#kedahsejahteranikmatuntuksemua