PERUTUSAN



Perutusan Ybhg. Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Assalamualaikum w.b.t., dan Salam Sejahtera

Dikesempatan ini, saya selaku Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu atas komitmen yang diberikan terhadap PUSPANITA Bandar Baharu.  Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Biro ICT atas kerjasama yang diberikan dalam mengemas kini laman web PUSPANITA dan Facebook page PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.


Penggunaan laman web dan media sosial seperti Facebook mampu memberikan info-info dengan cepat dan mudah diakses oleh semua pihak.  PUSPANITA Bandar Baharu juga tidak terkecuali menggunakan platform media sosial seperti Facebook sebagai perantara dalam menyampaikan info-info dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PUSPANITA Bandar Baharu.


PUSPANITA Daerah Bandar Baharu juga telah merencana aktiviti-aktiviti dan akan sentiasa mempelbagaikan program-program yang mampu memberikan impak positif kepada ahli-ahli amnya dan masyarakat khususnya. Saya dengan ini menyeru  agar semua ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dapat sama-sama bersepakat, bekerjasama, ikhlas dan komited dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Saya juga mengalu-alukan agar setiap ahli dapat mengembleng tenaga dan buah fikiran bagi meningkatkan lagi prestasi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Harapan saya, PUSPANITA Bandar Baharu mampu menjadi pemangkin dalam memartabatkan peranan wanita dan mampu menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat di luar sana.
Sekian, terima kasih.


YBHG. DATIN AZLINA BINTI MD ZUKI
(PENGERUSI PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU)