Tuesday 21 February 2023

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2023 16 FEBRUARI 2023 (KHAMIS)

16 FEBRUARI 2023 (KHAMIS)

DEWAN SERI SERDANG

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan  Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu tahun 2023 bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah. Mesyuarat ini telah dirasmikan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Elmi Bin Yusoff, SDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu yang juga merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. 

Mesyuarat agung dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustazah Siti Solehah binti Abd Manaf, nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan PUSPANITA. Seterusnya ialah ucapan aluan oleh YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki iaitu Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.  YBhg. Datin Pengerusi melalui ucapan aluan beliau berharap agar penglibatan ahli-ahli PUSPANITA ini dapat memberikan impak dan nilai-nilai yang positif kepada semua yang terlibat.

YBhg. Dato’ Haji Elmi selaku Penasihat Puspanita Daerah Bandar Baharu telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu. YBhg. Dato’ Pegawai Daerah melalui ucapan beliau berharap agar PUSPANITA dapat terus bergerak aktif demi berbakti kepada masyarakat serta sedia untuk bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan/NGO demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2023 telah diteruskan lagi selepas perasmian oleh Penasihat PUSPANITA Daerah. Mesyuarat ini telah   dipengerusikan oleh Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani binti Abd Halim. Antara perkara yang dibincangkan ialah pembentangan aktiviti sepanjang tahun 2022, pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2022, pelantikan AJK dan Biro bagi penggal tahun 2023-2024, dan hal-hal lain yang berkaitan PUSPANITA.

YBhg. Datin Azlina selaku Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua AJK, Biro-biro dan semua ahli yang terlibat dalam menjayakan sebanyak 32 program dan aktiviti sepanjang tahun 2022 lalu. 

Beliau juga turut berharap agar PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu sentiasa memperkukuhkan kerjasama teguh sesama ahli bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang untuk diadakan pada tahun 2023.

Tahniah dan syabas untuk seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu

💻Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu: https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#lindungbandarbaharu
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua






















Friday 17 February 2023

SALAM ISRAK MIKRAJ [27 REJAB 1444H / 18 FEBRUARI 2023]

 17 FEBRUARI 2023 (JUMAAT)

SALAM ISRAK MIKRAJ
27 REJAB 1444H / 18 FEBRUARI 2023


𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.


Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#lindungbandarbaharu
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua


 

Tuesday 14 February 2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN APMM YANG KE - 18

 15 Februari 2023 (Rabu)

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN APMM YANG KE - 18

Ikhlas Daripada :-
𝑷𝒆𝒏𝒂𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕, 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒆𝒓𝒖𝒔𝒊, 𝒅𝒂𝒏
𝑺𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝑾𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑷𝒖𝒔𝒑𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑩𝒂𝒏𝒅𝒂𝒓 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖

💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#staysafe
#kitajagakita
#lindungdirilindungsemua
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua



Sunday 12 February 2023

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Tahun 2023 akan diadakan seperti ketetapan berikut

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟏𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
𝐌𝐚𝐬𝐚 : 𝟗.𝟑𝟎 𝐏𝐚𝐠𝐢
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 : 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐠
𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧: 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐠𝐚𝐦 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 / 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐚𝐣𝐮 𝐊𝐮𝐫𝐮𝐧𝐠 (𝐔𝐧𝐠𝐮)
YBhg. Dato’/ Datin / Puan / Cik Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta semua penjawat awam wanita dan suri penjawat awam adalah dijemput hadir.

“𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓”
💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322



Wednesday 8 February 2023

DAULAT TUANKU

 |08 FEBRUARI 2023|

DAULAT TUANKU 

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Keempat Pemerintahan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke -16 pada 31 Januari 2023 bersamaan 09 Rejab 1444H

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku. 

Sembah Takzim daripada Penasihat, Pengerusi dan Seluruh Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu :https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322
💻 Facebook Page :https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#DaulatTuanku
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#mesradanberinformasi






Monday 6 February 2023

SALAM TAKZIAH

| 07 FEBRUARI 2023 |

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗧𝗮𝗸𝘇𝗶𝗮𝗵

𝘚𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘛𝘢𝘬𝘻𝘪𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘶𝘤𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘗𝘦𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯 𝘋𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩 𝘳𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵 𝘛𝘶𝘳𝘬𝘪 𝘋𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘨𝘦𝘮𝘱𝘢 𝘣𝘶𝘮𝘪

𝓘𝓴𝓱𝓵𝓪𝓼 𝓓𝓪𝓻𝓲𝓹𝓪𝓭𝓪:
𝑷𝒆𝒏𝒂𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕, 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒆𝒓𝒖𝒔𝒊, 𝒅𝒂𝒏
𝑺𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝑾𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑷𝒖𝒔𝒑𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑩𝒂𝒏𝒅𝒂𝒓 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖

💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120


#staysafe

#kitajagakita

#lindungdirilindungsemua

#puspanitabb

#kedahsejahteranikmatuntuksemua



Saturday 4 February 2023

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗛𝗔𝗜𝗣𝗨𝗦𝗔𝗠

 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗛𝗔𝗜𝗣𝗨𝗦𝗔𝗠

Bagi yang beragama Hindu & Selamat Bercuti

𝓘𝓴𝓱𝓵𝓪𝓼 𝓓𝓪𝓻𝓲𝓹𝓪𝓭𝓪:
𝑷𝒆𝒏𝒂𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕, 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒆𝒓𝒖𝒔𝒊, 𝒅𝒂𝒏
𝑺𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝑾𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑷𝒖𝒔𝒑𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 𝑩𝒂𝒏𝒅𝒂𝒓 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒓𝒖

💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120


#staysafe

#kitajagakita

#lindungdirilindungsemua

#puspanitabb

#kedahsejahteranikmatuntuksemua



Friday 3 February 2023

MESYUARAT BIRO-BIRO PUSPANITA BILANGAN 2 TAHUN 2022 DAN PERBINCANGAN PRA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU 2023

02 Februari 2023 (Khamis)

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan satu Mesyuarat Biro-Biro PUSPANITA Bilangan 2 Tahun 2022 bertempat di Bukit Jawi Golf Resort pada 02 Februari 2023 yang lalu.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Yang Berbahagia Datin Azlina binti Md Zuki. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi III PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah Damsek, Penolong Setiausaha, Puan Marlia, Bendahari, Puan Rohana,Penolong Bendahari, Dr Rozaimah Binti Abu Talib,Pengerusi Biro Kesihatan, Puan Siti Nor Asikin binti Haria, Pengerusi Biro Promosi, Puan Hazlina Binti Baharum,Pengerusi Biro Kebajikan, Puan Noorulfarah Binti Kamaruddin Afifi ,Pengerusi Biro Agama, Puan Nor Rozmilah Binti Mohamed Rozmi, Pengerusi Biro Sukan, Puan Suzimuliani binti Mat Radzi,Pengerusi Biro Keusahawanan, Puan Norashikeen Binti Mohd Arshad, Setiausaha Biro Agama, Puan Fariza binti Ghazalli Setiausaha Biro Sukan, Puan Shahirah binti Salim Setiausaha Biro ICT, Puan Azida Binti Ishak, Puan Fatimah Binti Nik Mat, Puan Noor Azlina Asharoh Binti Adli, Puan Nurul Haniza Binti Abdul Ghani selaku AJK-AJK Tertinggi dan Puan Nurul Ain binti Samsudin iaitu Pemeriksa Kira-kira. 

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 12.45 tengahari dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#staysafe

#kitajagakita

#lindungdirilindungsemua

#puspanitabb

#kedahsejahteranikmatuntuksemua









MAJLIS BACAAN YASIN PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU, MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU DAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

26 JANUARI 2023 (KHAMIS)

Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu Dan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Bandar Baharu pada pukul 12.00 tengahari. 

Majlis bacaan yassin ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato'  Haji Elmi Bin Yusoff Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Yang Berbahagia Datin Azlina Binti Md Zuki Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Fauzul Fitri bin Dato’ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah ( Pengurusan Tanah ), Tuan Mohamad Izwan Bin Dato' Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Penolong Pegawai Daerah ( Pendaftaran ) serta semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ahli Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis ini dimulai dengan ucapan aluan daripada Yang Berbahagia Dato’ Pegawai Daerah, kemudian diteruskan dengan sesi bacaan yasin yang dipimpin  oleh Tuan Fauzul Fitri bin Dato’ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah ( Pengurusan Tanah ). Majlis ini diteruskan dengan jamuan makan bersama semua jemputan.

💻 Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#staysafe

#kitajagakita

#lindungdirilindungsemua

#puspanitabb

#kedahsejahteranikmatuntuksemua