Tuesday 21 February 2023

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2023 16 FEBRUARI 2023 (KHAMIS)

16 FEBRUARI 2023 (KHAMIS)

DEWAN SERI SERDANG

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan  Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu tahun 2023 bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah. Mesyuarat ini telah dirasmikan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Elmi Bin Yusoff, SDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu yang juga merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. 

Mesyuarat agung dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustazah Siti Solehah binti Abd Manaf, nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan PUSPANITA. Seterusnya ialah ucapan aluan oleh YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki iaitu Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.  YBhg. Datin Pengerusi melalui ucapan aluan beliau berharap agar penglibatan ahli-ahli PUSPANITA ini dapat memberikan impak dan nilai-nilai yang positif kepada semua yang terlibat.

YBhg. Dato’ Haji Elmi selaku Penasihat Puspanita Daerah Bandar Baharu telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu. YBhg. Dato’ Pegawai Daerah melalui ucapan beliau berharap agar PUSPANITA dapat terus bergerak aktif demi berbakti kepada masyarakat serta sedia untuk bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan/NGO demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2023 telah diteruskan lagi selepas perasmian oleh Penasihat PUSPANITA Daerah. Mesyuarat ini telah   dipengerusikan oleh Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani binti Abd Halim. Antara perkara yang dibincangkan ialah pembentangan aktiviti sepanjang tahun 2022, pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2022, pelantikan AJK dan Biro bagi penggal tahun 2023-2024, dan hal-hal lain yang berkaitan PUSPANITA.

YBhg. Datin Azlina selaku Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua AJK, Biro-biro dan semua ahli yang terlibat dalam menjayakan sebanyak 32 program dan aktiviti sepanjang tahun 2022 lalu. 

Beliau juga turut berharap agar PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu sentiasa memperkukuhkan kerjasama teguh sesama ahli bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang untuk diadakan pada tahun 2023.

Tahniah dan syabas untuk seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu

πŸ’»Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu: https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#lindungbandarbaharu
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua