Thursday 2 November 2023

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 



































𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

Tarikh    : 29 Oktober 2023 (Ahad)
Masa      : 11.00 pagi
Tempat  : Bigstone Food Garden, Merbok, Sungai Petani, Kedah

Majlis Perpisahan 'Tautan Kasih Sanjungan Budi' ini diadakan di Bigstone Food Garden, Merbok, Sungai Petani, Kedah pada jam 11.00 pagi.

Majlis perpisahan ini diadakan bagi meraikan
YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki yang bertukar ke cawangan PUSPANITA Majlis Perbandaran Daerah Kulim. Turut hadir bersama pada majlis ini, Puan Noor Shuhaida binti Bideng Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Baharu.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng. Seterusnya ucapan dari mantan Pengerusi Daerah Bandar Baharu, YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki. Majlis diteruskan dengan sesi perkenalan bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Pengerusi dan Setiausaha Biro. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata oleh Puan Noor Shuhaida binti Bideng serta sesi bergambar bersama Ahli Jawatankusa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut menyampaikan sedikit cenderamata buat YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki sebagai tanda kenang-kenangan.

Setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki sepanjang perkhidmatan beliau selama berada di Daerah Bandar Baharu.

Segala jasa dan sumbangan YBhg. Datin Azlina akan sentiasa dikenang oleh masyarakat Daerah Bandar Baharu khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

"𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑨𝑱𝑼 𝑱𝑨𝒀𝑨 𝑫𝑰𝑼𝑪𝑨𝑷𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑷𝑨𝑫𝑨 𝑫𝑨𝑻𝑰𝑵 𝑨𝒁𝑳𝑰𝑵𝑨 𝑴𝑫 𝒁𝑼𝑲𝑰 𝑫𝑨𝑹𝑰 𝑲𝑨𝑴𝑰 𝑾𝑨𝑹𝑮𝑨 𝑷𝑼𝑺𝑷𝑨𝑵𝑰𝑻𝑨 𝑪𝑨𝑾𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑪𝑰𝑳 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑩𝑨𝑵𝑫𝑨𝑹 𝑩𝑨𝑯𝑨𝑹𝑼"

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua