Sunday 30 January 2022

MAJLIS PERPISAHAN "JASAMU DIKENANG, SETULUS INGATAN KEKAL ABADI"

 31 JANUARI 2022 (ISNIN)

Majlis Perpisahan "Jasamu Dikenang, Setulus Ingatan Kekal Abadi" ini diadakan di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah Darul Aman pada jam 12.30 tengah hari.

Majlis perpisahan ini diadakan bagi menghargai Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang akan bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Yan / Majlis Daerah Yan pada 03 Februari 2022 (Khamis) serta isteri beliau, Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Ali Al Imran bin Abdul Kadir, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Para tetamu kemudiannya ditayangkan dengan video kenangan bersama Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu sepanjang beliau bertugas mulai 14 Mei 2020 sehingga 31 Januari 2022.

Selain itu, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menayangkan video rakaman kenangan pelbagai aktiviti dan program anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang diterajui oleh Puan Amila binti Ahmad, isteri Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) merangkap Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, ucapan wakil Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu, ucapan wakil Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu, ucapan wakil daripada Ketua Whip, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu, ucapan Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta disusuli dengan ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu serta penyampaian sijil penghargaan dan saguhati kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 Majlis Daerah Bandar Baharu.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu dan isteri turut berkesempatan bergambar kenangan bersama-sama para tetamu jemputan dan hadirin dalam majlis tersebut.

Setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu sepanjang perkhidmatan beliau selama 20 bulan di Daerah Bandar Baharu.
Segala jasa dan sumbangan Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu akan sentiasa dikenang oleh masyarakat Daerah Bandar Baharu khususnya para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.

"SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN KEPADA TUAN DAN PUAN DARI KAMI WARGA KERJA PDTBB & MDBB.

"SEMOGA UKHWAH KITA BERSAMA SENTIASA TERUS BERKEKALAN"

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
serdang

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#pdtbbkedahdarulaman
#mesradanberinformasi

 
















Saturday 22 January 2022

KURSUS LAMAN WEB PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI TAHUN 2022

Anjuran : Biro ICT PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah
Tarikh     : 23 Januari 2022 (Ahad)
Masa       : 8.00 pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat    : Bahagian Teknologi Maklumat Negeri 

Kursus Laman Web ini merupakan anjuran Biro ICT PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman bertempat di Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah (BTMK), Wisma Darul Aman. Kursus ini diadakan secara bersemuka dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kursus ini merupakan inisiatif PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dalam membantu PUSPANITA Jabatan dan PUSPANITA Cawangan Kecil dalam mengendalikan Laman Web yang telah disediakan. 


Monday 17 January 2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM - 18 JANUARI 2022 (SELASA)

SELAMAT HARI THAIPUSAM

18 JANUARI 2022 (SELASA)

𝘐𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘋𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 :
Penasihat, Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu
 
💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#patuhisop
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
 

Thursday 6 January 2022

PROGRAM "BACK TO SCHOOL" 2022 PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

TARIKH : 06 JANUARI 2022 (KHAMIS)
MASA : 12 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN PDTBB

Program "Back To School"  PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini diadakan secara ringkas dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu pada jam 11.30 pagi.

Program ini merupakan inisiatif PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dalam membantu anak-anak Ahli PUSPANITA dalam persiapan sesi persekolahan bagi tahun 2022.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Al Imran bin Abdul Kadir dan disusuli dengan ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan disaksikan oleh Cik Siti Nur Atikah binti Mokhtar, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Seramai 10 orang anak ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menerima sumbangan yang berupa kelengkapan sekolah yang terdiri daripada sepasang pakaian sekolah, kasut dan stokin pada program hari ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah di atas sumbangan barangan kelengkapan sekolah bagi program "Back to School" pada hari ini.

Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ahli-ahli PUSPANITA khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dalam persiapan anak-anak bagi sesi persekolahan Tahun 2022 seterusnya menyuntik semangat anak-anak untuk ke kembali ke sekolah.

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#keluargaMalaysia 














Wednesday 5 January 2022

MAJLIS BACAAN YAASIN PERDANA PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

Majlis Bacaan Yaasin Perdana Peringkat Daerah Bandar Baharu merupakan anjuran bersama Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada jam 8.30 pagi.
 
Majlis Bacaan Yaasin ini dipimpin oleh Encik Ali Al-Imran bin Abdul Kadir dari Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Majlis ini diadakan bagi memohon perlindungan kepada Allah s.w.t agar permulaan Tahun 2022 ini membawa sinar yang baru untuk seluruh masyarakat di Daerah Bandar Baharu serta kelancaran perancangan Pentadbiran Daerah dalam merancang dan melaksana segala yang terbaik untuk kesejahteraan masyarakat di Daerah Bandar Baharu.

Selain itu, Majlis ini juga mendoakan agar diberi kekuatan dan kesabaran kepada semua pihak dalam menghadapi dan mendepani segala ujian dan cabaran yang bakal mendatang serta agar dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.w.t.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyertai Majlis Bacaan Yaasin ini di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Turut serta dalam Majlis secara maya dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini ialah Yang Berhormat Dato' ADUN Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Muhammad Afnan bin Mohd Roze,  Tuan Syeikh Wan Addas bin Wan Abd. Hamid (Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu), Puan Amila binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Cik Siti Nor Atikah binti Moktar, (Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), ketua-ketua / wakil jabatan / agensi Daerah Bandar Baharu, Penghulu-Penghulu Mukim, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu (PDTBB) serta para warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB).

Semoga Majlis Bacaan Yaasin pada hari ini, yang ringkas tetapi sangat bermakna, mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. untuk seluruh masyarakat di Daerah Bandar Baharu.

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#keluargaMalaysia