Sunday 30 January 2022

MAJLIS PERPISAHAN "JASAMU DIKENANG, SETULUS INGATAN KEKAL ABADI"

 31 JANUARI 2022 (ISNIN)

Majlis Perpisahan "Jasamu Dikenang, Setulus Ingatan Kekal Abadi" ini diadakan di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah Darul Aman pada jam 12.30 tengah hari.

Majlis perpisahan ini diadakan bagi menghargai Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang akan bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Yan / Majlis Daerah Yan pada 03 Februari 2022 (Khamis) serta isteri beliau, Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Ali Al Imran bin Abdul Kadir, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Para tetamu kemudiannya ditayangkan dengan video kenangan bersama Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu sepanjang beliau bertugas mulai 14 Mei 2020 sehingga 31 Januari 2022.

Selain itu, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menayangkan video rakaman kenangan pelbagai aktiviti dan program anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang diterajui oleh Puan Amila binti Ahmad, isteri Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) merangkap Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, ucapan wakil Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu, ucapan wakil Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu, ucapan wakil daripada Ketua Whip, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu, ucapan Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta disusuli dengan ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu serta penyampaian sijil penghargaan dan saguhati kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 Majlis Daerah Bandar Baharu.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu dan isteri turut berkesempatan bergambar kenangan bersama-sama para tetamu jemputan dan hadirin dalam majlis tersebut.

Setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu sepanjang perkhidmatan beliau selama 20 bulan di Daerah Bandar Baharu.
Segala jasa dan sumbangan Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu akan sentiasa dikenang oleh masyarakat Daerah Bandar Baharu khususnya para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.

"SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN KEPADA TUAN DAN PUAN DARI KAMI WARGA KERJA PDTBB & MDBB.

"SEMOGA UKHWAH KITA BERSAMA SENTIASA TERUS BERKEKALAN"

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
serdang

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#pdtbbkedahdarulaman
#mesradanberinformasi