𝐒𝐄𝐍𝐀𝐌𝐑𝐎𝐁𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐅 @ 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 – 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟔
Tarikh : 19 Jun 2025 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Taman Tasik Seri Serdang, Serdang, Kedah
Senamrobik sempena Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Bandar Baharu Siri 6 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Tasik Seri Serdang, Serdang, Kedah. Program ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu serta komuniti setempat bertemakan Hawaii.
Aktiviti senamrobik ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti kecergasan fizikal yang menyeronokkan. Para peserta kelihatan bersemangat dan ceria sepanjang sesi berlangsung, diiringi dengan muzik rancak serta bimbingan jurulatih senamrobik Zin Nasz yang berpengalaman.
Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal peserta, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PUSPANITA dan masyarakat sekitar.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi menyokong usaha membina komuniti yang sihat, cergas dan bersatu padu. TAHNIAH kepada semua peserta yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua